Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

PlayStation Store: Horizon Zero Dawn, AC Origins Dan Banyak Lagi Mendapat Diskaun Sehingga 50%

114

Bersempena dengan musim cuti sekolah, khususnya dengan sambutan tahun baru kelak, Sony mengumumkan promosi Holiday Sale yang membawakan diskaun menarik pada katalog permainan video mereka sehingga 50%.

Seperti biasa, pelanggan PlayStation Plus akan mendapat diskaun tambahan diatas diskaun sedia ada, namun hanya untuk permainan yang terpilih sahaja. Berikut adalah beberapa permainan yang kami rasa berbaloi untuk dimiliki:

  • Horizon Zero Dawn: Complete Edition – RM170.10 (RM189)*
  • Assassin’s Creed Origins – Standard Edition – RM168 (RM210)*
  • Call of Duty: WWII – RM206.10 (RM229)*
  • Destiny 2 – RM183.20 (RM229)*
  • Persona 5 – RM175.20 (RM219)
  • Star Wars Battlefront II – RM109.50 (RM219)
  • Overwatch: Game of the Year Edition – RM135 (RM270)
  • The Evil Within 2 – RM183.20 (RM229)*
  • Middle-earth: Shadow of War – RM188.30 (RM269)

*Diskaun tambahan PS Plus 10% disediakan.

Promosi ini akan ditawarkan sehingga 8hb Januari melalui laman web PlayStation Asia ataupun aplikasi PlayStation Store didalam konsol PS4 anda.

Selain dari PlayStation, pemain PC juga boleh mendapat diskaun besar melalui Jualan Steam Winter yang akan tamat pada 5hb Januari nanti.