PlayStation VR Kini Sebuah Gajet Realiti Maya Yang Popular Didunia

Now Reading
PlayStation VR Kini Sebuah Gajet Realiti Maya Yang Popular Didunia

Selepas pelancarannya beberapa bulan yang lepas, PlayStation VR kini mencatat rekod yang boleh digelarkan sebagai sebuah gajet realiti maya paling popular didunia. Ini adalah kerana CEO kepada Sony Interactive Entertainment, Andrew House memberitahu kepada New York Times tentang statistik penjualan kini PSVR yang telahpun mencapai hampir 1 juta unit.

915,000 unit adalah jumlah yang sebenar, ianya telah menjangkaui jangkaan mereka dari sasaran asal untuk mencapai 1 juta unit pada pertengahan April tahun ini. Peningkatan masa bermain bersama gajet ini juga amat memberangsangkan, khususnya dengan permainan seram baharu, Resident Evil 7 dengan mencapai hampir 10% pemain bermain dengan VR.

Sebagai perbandingan, gajet realiti maya yang lain mempunyai jualan yang agak tinggi, namun tidak mendapat pencapaian yang sama. Mengikut dari laporan SuperData, pada pengakhiran tahun 2016, HTC Vive telah terjual sebanyak 420,000 unit manakala Oculus Rift pula pada 243,000 unit. Maka ini ternyata jumlah jualan PSVR agak positif dan popular dikalangan pemain.

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen