fbpx

Acara Pengumuman PS5 Ditunda, Tiada Tarikh Baharu

Acara PlayStation mengenai pengumuman PS5 ditunda serta merta tanpa tarikh baharu ditetapkan. Acara yang bernama “The Future Of Gaming” itu, asalnya dijadualkan pada 5hb Jun ini jam 4 pagi dan dibuat secara langsung melalui penstriman video.

Mengikut dari pengumuman penundaan tersebut, PlayStation menyatakan acara ini mungkin tidak sesuai untuk dibuat sekarang atas kerana situasi pandemik kritikal di US dan juga demonstrasi yang besar.

Walaupun konsol PS5 tidak akan didedahkan pada acara ini, namun kita bakal menerima banyak maklumat mengenai senarai permainan yang akan tersedia didalam konsol generasi baharu ini. Bagi kami, senarai tersebut agak bagus mengikut dari majalah rasmi PlayStation yang tertiris baru-baru ini.

PS5 adalah konsol generasi baharu Sony PlayStation, dan bakal dilancarkan pada penghujung tahun 2020 dan mereka juga mengesahkan bahawa konsol ini masih didalam jadual untuk pelancaran.

Berkaitan

- Iklan -

Komen