Mengikut dari laporan kewangan terbaharu Sony, mereka masih yakin bahawa pelancaran konsol generasi seterusnya, PS5, masih didalam jadual. Walaupun situasi pandemik diseluruh dunia memberi impak kepada beberapa negara yang sekaligus memperlahankan kadar pembuatan dari kilang utama, Sony mengesahkan tarikh pelancaran Playstation 5 masih lagi sama, iaitu pada penghujung tahun 2020.
Malah, bagi pembangunan permainan video juga tidak akan mendapat sebarang impak. Mengikut dari Sony melalui laporan mereka, buat masa ini, tiada isu utama berlaku untuk pembangunan permainan video PS5.
Baru-baru ini, ura-ura tercetus bahawa PS5 akan dilancarkan lebih awal iaitu pada Oktober atas “kesilapan” berlaku didalam salah satu kekosongan kerja di laman web pekerjaan di Jepun.
Playstation 5 adalah konsol generasi baharu Sony yang dijadualkan pelancarannya pada hujung tahun ini.