Banyak berita mengenai game-game dari Ubisoft, daripada pengumuman Assasin’s Creed baharu hingga kes tunda The Division hingga tahun depan. Apakah yang dibawa dari Ubisoft pada acara E3 lepas? Ikuti rumusan kami dibawah:
For Honor
Game baharu yang menempatkan pada zaman peperangan dan huru-hara dengan pembunuhan adalah salah satu cara untuk terus hidup. Pemain boleh pilih sebagai Knights, Vikings atau Samurai untuk bertempur antara satu sama lain.
Dalam masa yang sama, Ubisoft juga mengeluarkan video pertama kalinya multiplayer untuk game For Honor ini.
Tom Clancy’s Ghost Recon Wildlands
Setelah lama menghilang, kini siri Ghost Recon kembali dengan video yang menarik dan memberi cukup teruja kepada pemain akan datang dari Ubisoft.
Game yang berkonsepkan open world dengan pelbagai teknik untuk memengangi misi yang diberikan, antaranya adalah secara menyelinap, membuat penculikan atau secara ganas dengan tembakan dan letupan. Game ini akan datang untuk platform PS4, PC dan Xbox One.
Tom Clancy’s The Division
Setelah beberapa kali ditunda, kini Ubisoft mengumumkan tarikh pasaran untuk game ini buat pertama kalinya. Sebuah game yang akan datang kepada pemain 8hb Mac 2016.
Dalam masa yang sama, Ubisoft juga mengeluarkan video multiplayer dengan menunjukkan teknik dan beberapa isi kandungan pabila anda main The Division dengan rakan anda kelak.
Anno 2205
Satu lagi game baharu diumumkan, Anno 2205, sebuah game pembinaan empayar untuk menjelajahi dunia dan alam angkasa. Video yang menunjukkan kandungan baharu dan kualiti grafik akan datang untuk pemain November ini.
Tom Clancy’s Rainbox Six Siege
Game yang dikatakan amat popular dengan konsep taktikal untuk misi-misi penyelamat, sehinggalah misi mematikan bom, kini mendapat video baharu tentang game ini bermain secara co-op mahupun sehingga 4 orang multiplayer.
Assassin’s Creed Syndicate
Setelah video pertama dikeluarkan sebelum ini, kini Jacob Frye diperkenalkan dengan video gameplay dengan menunjukkan beberapa kandungan baharu berbanding dengan siri game Assassin’s sebelum ini.