fbpx

Satu Gambar Assassin’s Creed 2017 Tertiris Mengambarkan Perlawanan Kapal

Hari ini, satu gambar Assassin’s Creed baharu tertiris didalam laman web Reddit. Gambar yang menunujukkan pemain sedang mengawal kapal yang pernah menjadi sebuah elemen pengangkutan utama pada siri Assassin’s Creed IV: Black Flag.

Mengikut dari sumber Eurogamer, mereka yakin bahawa gambar tersebut adalah benar dan sahih.

Ubisoft telah mengesahkan bahawa siri Assassin’s Creed diberhentikan seketika pada tahun lepas untuk memberi masa pada penyelidikan yang lebih teliti kepada siri seterusnya.Maka 2017 adalah satu tahun yang dinantikan ramai peminat untuk siri AC baharu.

Selain dari itu, pelbagai sumber mengatakan siri baharu permainan ini akan mengambil tempat di Mesir, namun tiada maklumat rasmi dikeluarkan setakat ini.

Siri terakhir penerbitan skala AAA untuk Assassin’s Creed adalah pada tahun 2015, iaitu Syndicate, yang dimana bertempat di kota London dengan dua watak protagonis. Ianya menerima markah yang agak tinggi dari reviu kami.

Ubisoft berkemungkinan akan mengeluarkan maklumat lebih lanjut pada acara E3 kelak.

Sumber: Gamespot


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -