fbpx

Sony Bakal Umum Lebih Banyak Maklumat PS5 Khamis Ini

Selepas maklumat harga dan tarikh pelancaran Xbox Series S & X diumum oleh Microsoft, Sony masih lagi didalam “mod senyap” sehingga hari ini dimana mereka membuat pengumuman mengenai acara PS5 pada minggu hadapan.

Acara yang akan dibuat secara langsung ini bakal disiarkan selama 40 minit pada Khamis ini, jam 4 pagi waktu Malaysia.

Siaran ini bakal menunjukkan lebih banyak maklumat mengenai permainan yang bakal hadir ke PS5. Harga dan tarikh pelancaran PS5 juga berkemungkinan diumum pada acara ini.

Acara ini akan disiarkan melalui Youtube dan Twitch rasmi PlayStation.

Berkaitan

- Iklan -

Komen