Nampaknya peminat dan industri semakin rancak dengan pelancaran konsol generasi seterusnya dari kedua-dua syarikat gergasi tersebut.
Hari ini kita dapat melihat taburan laporan baharu mengenai konsol generasi baharu Xbox oleh Microsoft. Salah satunya adalah tertirisnya gambar dan video Xbox Series S, sebuah unit konsol yang lebih kecil dan kurang berkuasa berbanding dengan Xbox Series X.
Selepas kegilaan tirisan berlaku didalam internet, Xbox membuat keputusan untuk mengumumnya secara rasmi seperti kita boleh lihat dibawah.
Harga pengenalan konsol ini adalah serendah USD $299. Menariknya ini adalah pengenalan harga pertama untuk konsol generasi seterusnya. Series X dan PS5 masih lagi tidak ketahui mahupun sudah diumum beberapa bulan yang lepas.
Pengumuman ini adalah berikutan dengan tirisan yang dibuat didalam internet. Beberapa tirisan lain yang masih belum diumum adalah harga Xbox Series X yang diperkatakan akan dijual pada USD $499, dan kedua-dua konsol ini akan mula dijual pada 10hb November, mengikut dari laporan Windows Central.

Setakat ini saiz Xbox Series S masih lagi tidak diketahui, namun gambar diatas ditangkap dari video yang ditiris sebelum pengumuman dibuat, ianya dimuat naik oleh pengguna Twitter @_h0x0d_ menunjukkan betapa kecilnya saiz konsol tersebut jikalau dibanding dengan Series X.
Series S juga akan bakal mengikut pendekatan PS5 oleh Sony dengan ketiadaan slot cakera.
Sama-sama kita nantikan berita lebih lanjut mengenai konsol generasi baharu ini.