Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Status Devil May Cry 5 Hampir 75% Siap, Boleh Mula Dimainkan Pada Gamescom 2018

18

Sekuel baharu untuk permainan aksi dengan perwatakan karakter yang menarik oleh Capcom, Devil May Cry 5, telahpun diumum pada E3 2018 dengan penerimaan positif oleh peminat.

Namun, tiada demo diberi semasa acara tersebut, membuatkan ramai rasa resah atas penundaan yang agak lama walaupun telah diumum secara tidak rasmi oleh Pengarah permainan itu sendiri. Akan tetapi, peminat kini boleh melepaskan perasaan kerisauan tersebut, atas sebab ianya didalam status pembinaan yang baik dan akan dilancarkan pada tarikh yang ditetapkan, awal 2019.

Bercakap kepada Famitsu, DMC 5 akan membawakan karakter “demon hunters”, Nero dan Dante yang akan menghadapi musuh yang terkuat dari Demon World, dan ianya hampir siap pada paras 75%.

Hieaki Itsuno, Pengarah siri DMC memberi kenyataan melalui Inside Xbox yang dimana permainan ini boleh dimainkan kepada umum pada Gamescom kelak.

Devil May Cry 5 akan mula dipasarkan pada awal 2019 untuk PS4, PC dan Xbox One.

Sumber WCCFTechVG 24/7

Artikel ini diterjemahkan dari artikel asal, Gamer Matters.