Walaupun konsol ini menerima beberapa unsur negatif seperti, harga jualan yang mahal di Asia dan isu bateri yang sama dengan Note 7, namun prestasi jualan Nintendo Switch sebagai konsol hibrid ini masih lagi memberangsangkan dan memecah rekod jualan bagi Nintendo.
Mengikut dari Nintendo America (melalui temubual bersama dengan New York Times), Nintendo Switch telah mencapai rekod jualan tertinggi dari konsol Nintendo yang lain didalam masa dua hari selepas tarikh pasaran.
Malah, permainan yang dikeluarkan bersama, The Legend of Zelda: Breath of the Wild juga mencapai rekod yang memberangsangkan, sehingga mencipta sebuah permainan yang terlaris dari syarikat tersebut, sekaligus merampas takhta rekod sebelumnya, Super Mario 64.
Namun ini hanyalah data buat sementara untuk jangka masa pendek. Sama-sama kita nantikan prestasi jualan konsol ini selepas sebulan dari tarikh pelancaran.