Trend @ GamerMalaya adalah sebuah program dimana kami membuat analisis berdasarkan “hits” dan faktor pembaca artikel kami dari minggu ke minggu didalam GamerMalaya.my. Ianya akan dikeluarkan 2 kali sebulan.

[#5] Acer Predator 15 Akan  Dilancarkan Di Malaysia 14 Disember Ini

Acer kini kembali ke arena gaming dengan produk Acer Predator baharu mereka. Maklumat lanjut dan pandang pertama dari kami, klik sini (English Article)

[#4] The Climb – Game Baharu Tentang Pendakian Cerun Bersama VR

Crytek, sebuah studio disebalik pembikinan siri hebat Crysis, kini kembali dengan pendekatan yang berbeza. Tertumpu kepada VR (Virtual Reality), The Climb adalah sebuah game jenis ekstrim tentang pendakian cerun bukit yang akan dipasarkan untuk Oculus pada 2016.

[#3] Hideo Kojima Kini Kembali Dan Bekerjasama Dengan Sony

Kojima Productions Sony Logo

Sebuah berita yang mengejut dan mengembirakan. Hideo Kojima, seorang yang terkenal dengan kehebatan beliau bersama siri Metal Gear Solid sebelum ini. Dengan isu dan kontroversi bersama Konami, seperti tidak membenarkan Kojima untuk menghadiri acara The Game Awards yang lepas, kini beliau menubuhkan studio beliau sendiri dan bekerjasama dengan Sony.

[#2] DICE Kini Kembali Fokus Kepada Battlefield Baharu

Selepas penantian yang lama buat peminat FPS (First-Person Shooter), Battlefield kini kembali pada tahun 2016 oleh studio DICE. Penundaan telah lama dibuat adalah kerana kesibukan studio tersebut terhadap projek Star Wars Battelfront.

[#1] ReviuMalaya – BattleGrip Untuk Alat Kawalan PlayStation dan Xbox

Reviu - BattleGrip

Aksesori adalah salah satu konsep tambahan buat pemain. BattleGrip, sebuah Thumb Grip khususnya untuk alat kawalan konsol mempunyai pengalaman yang terbaik bagi kami di ReviuMalaya.

 

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen