fbpx

Ulasan – Fall Guys: Ultimate Knockout

Fall Guys: Ultimate Knockout semestinya hadir pada waktu yang tepat. Dimana seluruh dunia sedang menghadapi situasi pandemik, maka permainan yang meriah, riang dan seronok ala “game show” ini semestinya permainan yang dialu-alukan.

Ini bukanlah permainan battle royale, ianya adalah permainan dibawah genre game show. Ya, saya sanggup berhujah tentang genre permainan ini.

Fall Guys menggabungkan mekanik multi-pemain battle royale dengan bentuk permainan santai yang diinspirasikan oleh rancangan-rancangan seperti Istana Takeshi yang kita tonton sejak zaman kecil lagi.

Apa yang kami rasakan, ianya berkemungkinan satu permainan terbesar tahun 2020.

Penyampaian

Fall Guys tampak menawan. Pemain bermain sebagai kacang jeli dengan kaki kecil yang sememangnya comel. Malah, mendegar suara-suara comel “ooh” dan “ahh” khususnya semasa mereka terlanggar sesuatu, ataupun terjatuh didalam lubang.

Malah kacang jeli ini boleh dibuah suai dengan beberapa pilihan kosmetik dari kostum berbulu sehingga kostum dari permainan terkenal yang lain. Anda juga boleh campur dan padan dari pilihan-pilihan yang anda sukai. Bayangkan, kesemua 60 pemain didalam skrin dengan aneka fesyen yang mencuit hati.

Runut bunyi sememangnya dibawa dengan baik sekali. Bass yang enak didengari dan beberapa rentak lagu yang meingatkan saya dengan permainan Splatoon. Sememangnya permainan ini mampu membawa tema yang merekan tekankan, seronok dan riang.

Namun satu sahaja saya rasa ianya perlu dibaiki, permainan ini nampak tajam dan lebih “hidup” didalam PC, jikalau dibandingkan dengan versi PS4.

- Iklan -

Bentuk Permainan

Fall Guys: Ultimate Knockout adalah sebuah permainan video “battle royale” yang disertai oleh 60 orang pemain, namun mekanik permainan tersebut ditukar dari penembak atau tempuran kepada mini-game perlu ditamatkan dalam masa yang singkat. Anda dan 59 pemain yang lain bermain beberapa episod yang megandungi beberapa pusingan dimana jumlah pemain akan berkurangan pada setiap pusingan.

Maka untuk pusingan pertama, hanya 40 pemain yang menang akan dipilih dan jumlah pemain tersebut akan semakin berkurang pada pusingan seterusnya sehinggalah permainan menjumpai johan pada permainan kumpulan tersebut.

Cabaran yang diberi pada setiap pusingan adalah rawak. Semua cabaran didalam Fall Guys agak mudah difahami namun amat mencabar.

Setiap kali anda menjumpai cabaran baharu, anda semestinya tahu teknik dan objektif cabaran tersebut. Malah panduan juga diberi semasa skrin muatan.

Battle Royale + Fizik Slapstik = Permainan Game Show

Jikalau permainan ini hanyalah berdasarkan dari konsep game show semata, ianya mungkin gagal menarik perhatian seperti kita lihat hari ini. Apa yang seronok dengan Fall Guys ini adalah fizik slapstik yang melucukan.

Karakter akan melantun dan tercampak jikalau terlanggar sesama sendiri ataupun halangan-halangan semasa cabaran. Semestinya fizik ini amat melucukan dan membuatkan pemain boleh bermain berjam lamanya hanya untuk melihat fizik lucu tersebut.

Ibarat Trackmania, Tapi Dengan “Collission” Dipasang

Halangan pada permainan perlumbaan semestinya idea cemerlang. Ianya seperti permainan video Trackmania tetapi dengan collission dipasang.

Setiap pemain mempunyai gerakan dan kelajuan yang sama, dan masing-masing cuba menempuh sebaik mungkin. Serupa dengan game show, dimana pelabgai halangan seperti ayunan dan buah-buahan jatuh ke trek untuk dielak.

- Iklan -

Semangat Pasukan Juga Perlu, Bukan Tamak Selalu

Walaupun permainan ini memfokuskan kepada anda sendiri untuk mencapai kemenangan sulung pada setiap kumpulan, namun beberapa cabaran memerlukan dari segi pasukan. Sebagai contoh permainan bola sepak (lebih kepada tanduk) ataupun permainan rebut telur.

Maka, semangat pasukan juga penting pada sesetengah pusingan dan pemain perlu mahir untuk bermain sebagai pasukan bukan individu.

“Kemahiran Datang Dari Nasib”

Satu lagi perkara kenapa Fall Guys ini luar biasa adalah ianya bukanlah satu permainan kompetitif yang serius. Ia lebih kepada permain parti dimana nasib (atau RNG?) lebih memainkan peranan untuk dinobatkan sebagai pemenang.

Maka, mahupun anda mahir didalam mekanik dan kawalan permainan ini, anda masih boleh dikalahkan jikalau “nasib” anda tidak baik. Seperti tempat permulaan dibahagian belakang, ataupun ditemukan dengan pasukan yang agak kurang pandai untuk bermain sebagai pasukan seperti saya sebutkan diatas.

Kacang Jeli Ada Kekurangannya

Satu isu mengenai Fall Guys adalah permainan sebagai multi-pemain. Maka kemampuan pelayan permainan ini agak tidak diyakini khususnya pada minggu pertama. Namun pengalaman kami baru-baru ini agak baik dan lancar (pegang kayu).

- Iklan -

Kawalan permainan dapat merasakan agak malas dan lambat. Fizik objek dan halangan juga kadang-kadang menjenggelkan. Dan satunya perkara yang saya tak gemari adalah fungsi “grabbing“, sekaligus menjadi satu perkara yang tidak seronok dan leceh apabila cuba menangkap telur atau ekor didalam salah satu cabaran.

Kandungan

Setiap sesi permainan Fall Guys agak cepat dan tidak rasa bosan atau terlalu lama. Satu sesi permainan boleh dikatakan dalam 15-20 minit. Muatan skrin agak cepat pada penukaran setiap pusingan, melainkan salah satu pemain mempunyai sambungan yang perlahan.

Selepas kalah, anda boleh mulakan semula sesi permainan, dan Fall Guys mampu mencari 60 orang dengan cepat, atas jumlah pemain yang besar setakat ini.

Permainan ini adalah dikategorikan sebagai perkhidmatan langsung, maka beberapa kandungan tambahan bakal hadir kelak dan bertambah dari 25 tahap yang kita dapat semasa pelancaran.

Semestinya kostum akan hadir lebih banyak. Setakat ini, kostum rentas seperti Hotline Miami, Half-Life dan Enter/Exit The Dungeon boleh didapati. Malah, KFC dan Konami mula menunjukkan minat untuk bekerjasama untuk kosmetik Fall Guys. Permainan ini semestinya popular.

Kepuasan Individu

Semasa kecil dahulu, saya minati acara-acara game show seperti Fall Guys. Khususnya acara Istana Takeshi. Dimana saya akan mula berfikir, apa akan jadi jika saya didalam acara tersebut, adakah saya akan dinobatkan sebagai pemenang?

- Iklan -

Semestinya satu memori yang saya ingati semasa saya lihat video trailer permainan ini. Ianya bukanlah battle royale, ianya permainan game show.

Saya amat seronok semasa bermain Fall Guys. Saya juga tergelak semasa bermain, sesuatu perkara jarang berlaku. Ianya mencetuskan kegembiraan dimana perkara dapat dinikmati kerana betapa susahnya mencari permainan tersebut.

Apa yang terbaik adalah permainan ini boleh dimainkan secara terus, tanpa perlu mencari rakan-rakan untuk bermain bersama. Sesuatu perbezaan besar dari permainan slapstik yang lain.

Namun, ketiadaan tetapan kamera terbalik didalam PS4 adalah satu perkara yang saya tidak boleh terima.

Pengalaman permainan anda mungkin berbeza jikalau anda bermain didalam platform PC. Penggodam dan pemain penipu nampaknya sudah hadir didalam platform tersebut.

Kesimpulan

Fall Guys adalah satu resepi permainan yang dihantar pada masa yang tepat. Ini adalah salah satu dari lambakan permainan game show yang saya rasakan mampu mencipta sub-genre baharu untuk battle royale.

Dengan keadaan dunia yang kita hadapi sekarang, keseronokkan dan riang ria dari Fall Guys adalah satu perkara yang kita semua perlukan. Selain dari isu pelayan yang mereka sedang baiki, kami berharap ianya akan kekal dan bertambah baik pada masa akan datang.

- Iklan -

Dimainkan pada PS4 versi asas. Unit ulasan adalah dibeli oleh pengulas. Artikel asal oleh Gamer Matters dan diterjemahkan untuk pembaca Gamer Malaya.

9

Fall Guys: Ultimate Knockout

  • Penyampaian 9.5
  • Kepuasan Individu 9.5
  • Kandungan 8


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -