Nampaknya Fall Guys memang menarik perhatian ramai dimana permainan ini telahpun mencapai jualan lebih dari 7 juta unit melalui platform PC, Steam. Permainan indie game show ini menggabungkan konsep battle royale dan komedi slapstik, sekaligus tular diantara komuniti pemain.
Sebagai perbandingan, jumlah jualan tersebut telahpun melebihi Final Fantasy VII Remake buat masa ini (7 juta pada 7hb Ogos 2020).
Bukan itu sahaja, PlayStation juga mengumumkan Fall Guys adalah satu permainan PS Plus yang paling banyak dimuat turun di seluruh dunia.
Nampaknya permintaan Fall Guys sentiasa meningkat sehinggakan populariti mereka yang tinggi buat masa ini.
Kami pernah memberi ulasan mengenai permainan ini tentang potensi Fall Guys untuk menjadi permainan contoh dimana gabungan unik battle royale, tema slapstik dan game show adalah faktor utama mengapa permainan kacang jeli ini mampu menarik perhatian ramai.