fbpx

Fall Guys Versi Mudah Alih Bakal Hadir – Namun Hanya Untuk Negara China

Fall Guys, permainan kacang jeli yang membawakan konsep riang ria mendapat perhatian pada ramai peminat sehingga menjadi salah satu permainan paling popular tahun ini.

Permainan yang asalnya hanya untuk PC dan PS4 nampaknya akan hadir ke platform mudah alih kelak. Namun, setakat ini hanya untuk negara China.

Ini mengikut dari laporan dari akaun Twitter Daniel Ahmad, syarikat permainan video dari China, Bilibili telah mendapat hak penerbitan permainan Fall Guys: Ultimate Knockout di China didalam bentuk mudah alih.

Namun setakat ini tiada pengumuman rasmi dibuat, dan dengan harapan pengumuman Fall Guys versi mudah alih untuk pasaran dunia bakal dibuat juga atas permintaan permainan ini yang ramai.

Fall Guys kini boleh didapati di PC dan PS4.

Berkaitan

- Iklan -

Komen