fbpx

Kemaskini Fall Guys Akan Membawakan Tetapan Kawalan Kamera Terbalik Ke PS4

Salah satu keluhan yang kami tekankan pada ulasan kami mengenai permainan karakter kacang jeli adalah ketiadaan tetapan untuk kawalan kamera terbalik untuk versi PS4.

Berita baik buat “geng invert” dimana tetapan tersebut akan hadir ke Fall Guys beserta dengan beberapa penambahbaikan didalam kemaskini akan datang.

Selain dari tetapan tersebut, prestasi UI juga akan ditambah baik khususnya untuk versi asas PS4 dan juga beberapa isu seperti algoritma pemilihan pasukan yang lebih adil. Kemaskini baharu ini akan hadir pada minggu hadapan.

Fall Guys kini boleh didapati di PS4 dan PC (Steam).

Berkaitan

- Iklan -

Komen