Seperti kita tahu, Scalebound, permainan video eksklusif Xbox / Windows 10 dibatalkan tanpa sebab yang agak kukuh dari pihak Microsoft yang membuat banyak tanda tanya kepada peminat. Hari ini PlatinumGames, studio pembina permainan ini mengeluarkan kenyataan media rasmi mereka dengan rasa “sangat kecewa” terhadap pembatalan tersebut.
[blockquote cite=”Kenichi Sato, CEO PlatinumGames”]“We’re sorry to say that on January 9, 2017, Microsoft Studios announced the cancellation of Scalebound. We are very disappointed things ended up this way, especially since we know many of our fans were looking forward to this game as much as we were.
Going forward, we will strive to continue delivering high-quality games to you, starting with NieR:Automata in March, and including products like GRANBLUE FANTASY Project Re:Link and LOST ORDER in the future.
We will keep working hard to meet your expectations and we look forward to your continued support!”[/blockquote]
Mengikut dari kenyataan diatas, Kenichi Sato, CEO kepada PlatinumGames menyatakan bahawa pembatalan ini amatlah mengecewakan namun mereka akan memberi produk yang berkualiti tinggi pada permainan seterusnya seperti NieR:Automata.
Pengarah kepada projek ini, Hideki Kamiya juga memberi komen melalui laman media sosial beliau dan menolak ura-ura tentang isu kesihatan beliau terlibat didalam sebab pembatalan Scalebound.
Menariknya, Phil Spencer, ketua bahagian Xbox juga cuba menenangkan peminat melalui akaun sosial Twitter beliau dengan mengatakan bahawa pembatalan ini adalah sesuatu pilihan yang amat berisiko kepada Microsoft dan terbaik buat peminat.
Beliau juga mengatakan, pembatalan ini bukanlah atas sebab isu kewangan seperti dibawah.
Spencer sekali lagi memberi maklum balas bahawa beliau masih lagi bekerja dengan studio indie selepas isu pembatalan ini namun akan memfokuskan kepada permainan dari studio dibawah Microsoft sendiri.
Ternyata pembatalan permainan video ini amatlah dikesali khususnya kepada yang menanti semenjak beberapa tahun selepas pengumuman kepada umum.