fbpx

Senarai Permainan Video Untuk PS5 Akan Diumum Dalam Masa Terdekat

Selepas pelancaran video gameplay Xbox Series X, ramai tertanya, bilakah tibe masa PlayStation untuk menunjukkan senarai permainan video mereka untuk konsol generasi baharunya, PS5? Walaupun tarikh pelancarannya hampir menjadi realiti, ketiadaan maklumat mengenai permainan bersama pelancaran menjadi satu lubang rahsia yang besar.

Namun, satu maklumat dari Sony menyatakan bahawa senarai permainan video PS5 yang dinantikan bakal diumum dalam masa terdekat. Kenyataan dari CEO Sony, Kenichiro Yoshida berkata mengenai senarai permainan akan dipertontonkan dan ianya satu senarai yang baik.

Namun tiada komen atau maklumat lanjut diberi setakat ini. Ini sekaligus memberi satu intipati kecil yang kami harapkan sesuatu besar dari Sony. Selama ini Sony masih lagi “senyap” didalam industri berkenaan konsol generasi baharu mereka, jikalau dibandingkan dengan Microsoft dengan video permainan Xbox Series X. Malah mereka akan mengumumkan video parti pertama kelak.

Seperti kita semua sedia tahu, Sony sedang membuat persiapan untuk acara besar pada awal Jun. Ini mungkin salah satu acara untuk senarai permainan seperti apa yang diperkatakan oleh Yoshida.

Kita pun sudah terlihat kemampuan konsol tersebut melarikan demo teknikal Unreal Engine 5. Namun peminat masih inginkan maklumat lanjut dan juga pengumuman permainan.

PlayStation 5 adalah konsol generasi baharu Sony dan akan mula dipasarkan pada penghujung tahun ini.

Sumber: VG24/7.

Berkaitan

- Iklan -

Komen