Mediatonic, pembangun permainan tular kacang jeli, Fall Guys: Ultimate Knockout membuat pengumuman secara rasmi untuk membawakan kostum Sonic The Hedgehog sebagai salah satu kandungan musim kedua mereka.
Kostum yang telah ditiriskan beberapa kali akhirnya bakal dibawa secara rasmi untuk permainan ala-Istana Takeshi ini.

Fall Guys, permainan yang dilancarkan pada Februari lepas, menerima sambutan yang mendadak, sekaligus menjadi salah satu permainan terkenal didalam tahun ini. Selepas pelancarannya yang membanggakan (lebih 7 juta unit terjual di Steam), Mediatonic membuat keputusan untuk membawakan kandungan musim kedua yang kini telahpun berlangsung.
Kostum Sonic ini boleh dibeli melalui matawang permainan itu, sebanyak 10 crowns bermula 14hb Oktober.
Sumber: Gematsu.